Thursday, 22 September 2011

Mahathir celaka sbb halang hudud atau tok guru takut anwar kena sebat?

Hudud dan pemukiman BNBBC di Selangor

CABARAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Pas melaksanakan segera hukum hudud terutama di Kelantan dengan alasan beliau sudah tidak menjadi pemimpin negara segera mendapat maklum balas para penulis blog.
Beberapa blog menganggap selama ini jelas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih takutkan Dr. Mahathir berbanding Allah dalam usaha mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Penulis Spy Leman dalam MyKMU (www.mykmu.net) berkata, isu hudud sengaja dibangkitkan semula oleh Nik Abdul Aziz kerana menyedari pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi sedangkan isu itu sudah diputar-belit oleh Pas sejak lebih 20 tahun lalu.
Apa yang pasti, Nik Aziz sebenarnya lebih bimbang jika Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) dan dirinya tidak lagi diangkat menjadi Menteri Besar jika beliau melaksanakan hudud di negeri itu dan bukannya disebabkan Dr. Mahathir.
"Nik Aziz juga sanggup mengenepikan keutamaan menunaikan janji yang diuar-uarkan di seluruh negara berkenaan hudud hanya kerana Dr. Mahathir. Berjanji tapi mungkir ini adalah salah satu ciri-ciri munafik. Macam mana nak jadi ulama kalau buat perkara-perkara yang membawa sifat munafik?" katanya.
Blog Belantan (belantan.blogspot.com) pula berkata, Nik Aziz sengaja memainkan lagu lama berkenaan hudud bagi mengelabui mata rakyat atas kepincangan kepimpinan mereka sekarang.
Katanya, dalam manifesto pilihan raya umum 1990, Pas telah berikrar untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika memerintah negeri itu tetapi hakikatnya sehingga kini mereka belum menunaikan janji-janji tersebut.
"Pas tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula beliau tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula.
"Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari skapegoat (kambing hitam) supaya tuduhan diletak ke atas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis," katanya.
Jeffry Damien (jeffrydamien09.blogspot.com) turut menganggap kenyataan Nik Aziz mengenai hudud semata-mata mahu meraih simpati rakyat setelah imej Pas semakin tercemar berikutan tingkah-laku para pemimpin mereka.
Katanya, bagi Pas hudud hanyalah sebahagian daripada senjata politik yang boleh digunakan untuk mengugut dan apabila keadaan terdesak serta tersepit mereka akan kembali menggunakan isu tersebut.
"Tentu kita perasan bila setiap kali Pas gunakan isu hudud, DAP langsung tak berbunyi. Malah mereka membiarkan Pas terus memainkan isu hudud sebab mereka tau Pas hanya nak menyelamatkan maruah parti setelah bersusah payah mempertahankan DAP mempermainkan akidah dan agama," katanya.

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm)

i-viu: buletin tv3 22/9 menyiarkan persetujuan anwar ibrahim tentang perlaksanaan hudud di KELANTAN! ayat politik ini memang berbisa. Dengan video Cina Doll sedang beredar di internet, kenyataan sedemikian menunjukkan anwar memang berani. Tapi ingat, ia di Kelantan sahaja. Maknanya anwar bebas/terlepas hukuman hudud! bijak bijak! Suka sangat hudud dilaksanakan, dan insan pertama disebat 100 kali ialah anwar ibrahim! Ada berani Tok guru? Ayooo!!!

No comments:

Post a Comment