Kerajaan Selangor didesak lakukan 8 perkara
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin mendesak kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melakukan lapan perkara.Desakan yang dilakukan itu adalah rentetan kerajaan negeri dan Menteri Besar yang bertindak melulu dengan menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, Ogos lalu.
Katanya, kepimpinan kerajaan negeri seharusnya menunggu laporan lengkap daripada JAIS berhubung perkara berkenaan sebelum melakukan sebarang tindakan.
Zulkifli menerusi blognya hari ini, mendesak kerajaan negeri Selangor bersama dengan Menteri Besarnya agar melakukan lapan perkara berikut;
“Saya mendesak agar Abdul Khalid dan seluruh kerajaan negeri Selangor wajib meminta maaf kepada baginda kerana keceluparan menyalahkan JAIS, sedangkan baginda belum menerima laporan penuh.
“Mereka juga (Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor) perlu meminta maaf kepada JAIS kerana tindakan terburu-buru menyalahkan jabatan agama itu,” tegasnya.
Selain itu, beliau juga mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap kegiatan dakyah DUMC itu yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan segera menutup operasi DUMC yang dijalankan tanpa permit dan kelulusan pihak berkuasa tempatan.
“Kerajaan Selangor juga wajib menyiasat pertumbuhan dan percambahan gereja-gereja yang beroperasi di rumah kedai dan membatalkan ‘perintah tutup mulut’ yang dikeluarkan terhadap Exco daripada membincangkan isu ini.
“Pakatan pembangkang, terutamanya kaum Anwarinas perlu memohon maaf kepada Exco Hal Ehwal Islam Negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dan JAIS kerana tuduhan dan fitnah melulu yang dibuat terhadap mereka.
“DUMC juga wajib meminta maaf kepada baginda dan umat Islam atas cubaan mendakyah umat Islam,” katanya.
Rentetan itu, Zulkifli juga menyatakan rasa syukur berkenaan dengan titah baginda yang menegaskan bahawa tindakan JAIS itu menepati undang-undang negeri Selangor setelah mendapat laporan penuh berhubung isu berkenaan.
i-viu: apa yang orang kampung tidak tahu ialah menyokong PAS pada PRU13 ialah sebenarnya memberi kuasa kepada DAP memerintah Malaysia dengan membawa perkara-perkara yang telah berlaku di Selangor. Ahli Pas yang sedar harus menyambung kesedaran kepada lebih ramai rakan agar tidak bersekongkol dengan DAP. Kelak jangan dicelakakan orang lain melainkan diri sendiri!
No comments:
Post a Comment